Ratusan ribu pelajar seluruh dunia bantah pemanasan global - Utusan Malaysia

Ratusan ribu pelajar seluruh dunia bantah pemanasan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL 16 Mac – Ratusan ribu golongan muda sanggup ponteng kelas dan berhimpun di jalanan di seluruh dunia bagi mendesak semua pemimpin dunia agar bertindak berhubung isu pemanasan global.

Kelas dari Bangkok hingga Berlin dan Lagos ke London dilihat kosong selepas penganjur bantahan menyeru golongan pelajar agar melakukan bantahan di lebih 100 negara semalam.

Pelajar membanjiri jalan-jalan di sekitar Eropah, Amerika Utara dan Asia sambil memegang sepanduk yang berbunyi: “Tiada planet B”, “Kamu memusnahkan masa depan kami” dan “Jika kamu tidak bertindak seperti orang dewasa, kami akan bertindak”.

Meskipun amaran pemanasan global telah dikeluarkan sejak tiga dekad lalu, namun pelepasan gas karbon dioksida mencapai tahap tertinggi pada 2017 dan tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×