Rasuah, ketua jabatan GLC direman - Utusan Malaysia

Rasuah, ketua jabatan GLC direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Seorang ketua jabatan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan dianggarkan bernilai RM10,000 direman lima hari bermula hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah reman terhadap suspek berusia 51 tahun yang berakhir Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman.

Menurut sumber SPRM, pegawai kanan itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Berdasarkan siasatan awal, individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan untuk mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan GLC itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN