KUALA LUMPUR 20 Mac – Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dirombak selang dua ke tiga tahun bermula tahun ini bagi mengelak amalan rasuah. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, untuk tujuan tersebut, penstrukturan semula dengan memindahkan kakitangan jabatan-jabatan lain sedang dilaksanakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. “Memang kita tak boleh benarkan memegang sesuatu jawatan berterusan untuk tempoh yang lama, mungkin dua atau tiga tahun, kita kena rombak. “Sekarang ini, Datuk Bandar sedang lakukan penstrukturan semula dengan memindahkan kakitangan-kakitangan DBKL ke jabatan-jabatan lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya