Rancang bina muzium 
layang-layang di Satun - Utusan Malaysia

Rancang bina muzium 
layang-layang di Satun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 3 Mac – Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Pelayang Malaysia (MPM) bakal bekerjasama dengan Pentadbiran Wilayah Satun, Thailand untuk membina sebuah muzium layang-layang di negara itu pada masa depan.

Presiden MPM, Datuk A. Rahim Nin berkata, persetujuan kerjasama bagi membina muzium berkenaan di capai kedua-dua pihak menerusi memorandum persefahaman yang termeterai antara MPPG dan Pentadbiran Wilayah Satun, semalam.

“Menerusi perbincangan yang dibuat, persetujuan wujud antara kedua-dua pihak untuk membangunkan sebuah muzium la­yang-layang di Satun, Thailand, iaitu muzium yang pertama seumpamanya di negara itu.

“Pihak MPM akan membantu dan bekerjasama bagi memastikan kelancaran pembinaan muzium itu yang diharap akan dapat meningkatkan lagi industri permainan layang-layang antara kedua-kedua negara,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Layang-Layang sempena Festival La­yang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-24 di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pemba­ngunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung; Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran Wilayah Satun, Samrit Liangprasit dan Yang Dipertua MPPG, Zainor Adani.

Sementara itu, Cai Tung berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan penganjuran FLLSPG pada tahun ini dan mengharapkan program yang lebih meriah bagi penganjuran tahun depan.

“Tahun depan merupakan Tahun Melawat Johor 2020, jadi pastinya FLLSPG memainkan peranan besar dalam mempromosi pelancongan di negeri ini khususnya.

“FLLSPG pada tahun depan akan dianjurkan pada skala le­bih besar dan meriah bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2020,” katanya yang turut melakukan lawatan ke khemah peserta tempatan dan antarabangsa.

FLLSPG yang berlangsung selama lima hari sejak 27 Februari lalu itu menghimpunkan seramai lebih 1,000 peserta dari­pada pelbagai kategori termasuk 240 peserta dari 45 negara antarabangsa.

Antara negara terlibat selain Malaysia termasuklah Amerika Syarikat, England, Russia, Jepun, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Turki, Vene­zuela, Hungary dan Brunei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN