WASHINGTON 6 Mac – Korea Utara didakwa membangunkan semula tapak peluru berpandu yang ditutupnya tahun lalu. Reuters melaporkan, penutupan tapak tersebut dibuat selepas rejim itu berjanji berbuat demikian ketika sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada tahun lalu. Tindakan Korea Utara membuka semula tapak itu dilaporkan agensi berita Yonhap dan dua organisasi penyelidikan AS. Yonhap yang memetik kenyataan Perkhidmatan Perisikan Antarabangsa Korea (NIS) mendakwa, kerja-kerja pembinaan semula…









