MARANG 28 Mac – Pulau Kapas yang terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung. Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang namanya merujuk kepada pokok kapas itu dilihat mampu menjadi destinasi pelancongan ‘wajib singgah’ dan bertaraf antarabangsa. Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Namun di sebalik semua…










