Prototaip kereta terbang siap Jun ini, kos kurang RM1juta - Utusan Malaysia

Prototaip kereta terbang siap Jun ini, kos kurang RM1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Prototaip pembuatan kereta terbang untuk kegunaan industri akan menelan kos kurang RM1 juta dan dijangka siap seawal-awalnya Jun ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, segala kos pembuatannya akan menggunakan peruntukan sektor swasta dan dibangunkan oleh tenaga kepakaran yang terlibat dalam penghasilan dron.

“Pembinaan kereta terbang ini adalah selaras dengan Dasar Aeroangkasa yang akan diwujudkan kerajaan bagi memajukan sektor itu selepas terlibat dalam pembuatan dan pengecatan kapal terbang. 

“Mungkin lepas raya tahun ini, saya akan menaiki kereta itu bersama Timbalan saya (Dr. Mohd Hatta Md Ramli),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda Selangor di sini hari ini.

Menurut beliau, rancangan pembuatan kereta terbang itu telah menarik ramai minat syarikat besar seperti Boeing dan penilaian masih dilakukan dalam memilih kerjasama yang mampu mengkomersialkan lagi produk itu.

Ujar Mohd. Redzuan, walaupun sesetengah individu memperlekehkan idea itu namun tujuan kita adalah mempertingkatkan lagi medium dan ekosistem kepakaran tenaga tempatan.

“Kereta terbang ini mungkin boleh digunakan bagi industri pengangkutan awam dan pertanian.

“Justeru, kita tidak boleh ketinggalan dalam pembangunan teknologi ini berbanding negara lain yang telah mempunyai prototaipnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN