Program bersih sungai kutip 535 kg sampah - Utusan Malaysia

Program bersih sungai kutip 535 kg sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 535 kilogram sampah dikutip pada program pembersihan sungai di bawah Program Pendekatan Awam, Fasa 5 Sungai Nadi Kehidupan (RoL) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sepanjang 100 meter Sungai Klang, di sekitar Midvalley Megamall di sini hari ini. 

Program yang bermula 8 pagi itu adalah inisiatif Friends of Sungai Klang Mid Valley (FoSK MV) hasil gabungan enam badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada persatuan-persatuan pencinta alam sekitar, persatuan penduduk dan badan-badan korporat.

Pengurus Projek Fasa 5 Program Pendekatan Awam RoL Dr K. Kalithasan berkata program pembersihan di hadapan Midvalley Megamall dan Pangsapuri Abdullah Hukum di sepanjang 500 meter sungai itu   disertai  150 sukarelawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah sisa buangan terkumpul yang boleh dikitar semula adalah 50 kilogram yang terdiri daripada 41 kilogram botol plastik, diikuti tujuh kilogram kaca dan dua kilogram logam.

Kami sedaya upaya meminimumkan penghantaran sisa-sisa buangan ini ke tapak pelupusan dan cuba untuk mengitar semula hasil buangan tersebut untuk kelestarian alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas program pembersihan Sungai Klang di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini