PRK Semenyih: Mesej rakyat untuk diteliti - TPM - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Mesej rakyat untuk diteliti – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, satu mesej untuk bersama mendengar apakah isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Wan Azizah berkata, justeru perlu diambil iktibar dalam apa yang ingin dilakukan sama ada dalam pilihan raya kecil atau besar.

“Kita ada sistem demokrasi, kita ada pilihan dan kami mahukan rakyat tahu kami cuba sedaya upaya untuk rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 Parlimen Port Dickson di PD Waterfront di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan PRK Semenyih yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru pada PRK kawasan itu dengan memperoleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.

Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi). – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN