PRK Rantau: Streram konsisten tegakkan keadilan - Wan Azizah - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Streram konsisten tegakkan keadilan – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai seorang yang konsisten dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, di atas perjuangannya yang berterusanlah akhirnya kerusi DUN berkenaan dipertandingkan semula.

Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas, telah berlaku ketidakadilan apabila PH dinafikan hak untuk bertanding, seterusnya menyaksikan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah putuskan bahawa memang ada asas, sebab itulah PRK berlaku pada kali ini

“Kita mohon agar berilah peluang dan undi kepada kita, memenangkan calon kita yang mahukan keadilan dan teruskan perjuangan walaupun telah dinafikan pada masa dahulu dan dikatakan kalah, namun dia terus mencapai keadilan demi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan PRK berkenaan selesai hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini