PUTRAJAYA 29 Mac- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peringatan kepada calon ataupun parti yang diwakili calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan agar tidak menyalahgunakan aset kerajaan ataupun kuasa kerajaan untuk meraih undi. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen juga diingatkan agar mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen pilihan raya iaitu yang bermula…










