KUALA LUMPUR – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang kini dalam lawatan negara tiga hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini hari ini. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyambut ketibaan Jae-in dan pasangannya Kim Jung-sook pada pukul 10.06 pagi. Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya…










