Presiden JOC letak jawatan - Utusan Malaysia

Presiden JOC letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mac – Presiden Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC), Tsunekazu Takeda melepaskan jawatannya selepas didakwa terlibat dengan rasuah berhubung pemilihan Tokyo sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020.

Takeda disiasat oleh pihak kehakiman Perancis berhubung pembayaran hampir 2 juta Euro (RM9.25 juta) bagi membolehkan Tokyo memenangi bidaan tersebut.

Tokyo telah memenangi bidaan menganjurkan temasya itu pada 2013 menewaskan dua calon lain iaitu Madrid dan Istanbul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak percaya saya telah melakukan sesuatu yang haram.

“Ia menyakitkan saya namun saya percaya ini adalah tanggungjawab saya untuk melangkah keluar,” kata Takeda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini