JAKARTA 10 Mac – Jurucakap Pasukan Kempen Nasional (TKN) Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin, Irma Suryani Chaniago menyifatkan calon Presiden nombor dua, Prabowo Subianto sebagai seorang penipu dan sering memungkiri janji. Beliau mengkritik ahli politik itu berkaitan kegagalannya menjelaskan bayaran jual beli saham bernilai 52 juta Rupiah (RM14,853) Perbuatan Prabowo mengakibatkan beliau didakwa secara sivil di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan. “Itu adalah contoh pemimpin yang memungkiri janji dan berbohong,” katanya.- AGENSI










