Populasi Harimau Malaya pada tahap membimbangkan - Utusan Malaysia

Populasi Harimau Malaya pada tahap membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Populasi Harimau Malaya berada pada tahap yang membimbangkan apabila jumlah spesies itu dilaporkan hanya kurang daripada 200 ekor di seluruh Semenanjung.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, jumlah itu berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama yang dijalankan dari 2016 hingga tahun lalu, dengan mengambil kira 75 peratus daripada 44,000 kilometer persegi plot kajian.

“Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada di tahap yang membimbangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya tiada tindakan yang drastik diambil bagi mengatasi masalah penurunan populasi Harimau Malaya ini, dianggarkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya,” katanya dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Xavier menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta menyatakan jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh negara berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama dan langkah-langkah meningkatkan populasi haiwan itu.

Mengulas lanjut, Xavier berkata, jumlah sebenar populasi Harimau Malaya akan diketahui setelah Survei Harimau Kebangsaan Pertama selesai pada tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini