AUCKLAND 17 Mac – Seorang pegawai polis wanita New Zealand yang beragama Islam, Superintendan Naila Hassan melahirkan rasa sedih dan kecewa atas insiden yang menyaksikan sekurang-kurangnya 50 umat Islam terbunuh dalam dua insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch kelmarin.
Dengan linangan air mata, Naila dalam satu majlis susulan serangan itu di sini menegaskan bahawa beliau bangga menjadi seorang Islam dan memegang pangkat tinggi dalam sistem polis di negara ini.
Katanya, insiden yang berlaku merupakan mesej berjaga-jaga untuk semua saudara Islam dan komuniti di seluruh New Zealand. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











