Polis tahan suami isteri disyaki pengedar dadah  - Utusan Malaysia

Polis tahan suami isteri disyaki pengedar dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Sepasang suami isteri masing-masing berusia 35 dan 37 tahun ditahan polis tengahari semalam selepas pemeriksaan keatas rumah mereka di Taman Serting Indah, Bandar Seri Jempol di sini menemui 66 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, polis turut menemui empat kg daun ketum semasa melakukan serbuan keatas rumah itu kira-kira pukul 1.05 tengahari.

“Selain itu, polis menemui 44 botol plastik berisi cecair ubat batuk dengan anggaran isipadu 4.4 liter di dalam rumah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasangan suami isteri itu ditahan dibawah Seksyen 39B dan 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, semasa serbuan pasangan suami isteri itu dilihat berada dalam keadaan takut dan gelisah selepas menyedari rumah mereka diserbu pihak polis.

Menurut beliau, sebanyak 59.6 gram dadah jenis syabu dalam 32 paket plastik itu ditemui dalam satu beg selempang di atas meja makan di ruang tamu rumah berkenaan.

Kata beliau, polis turut menemui 20 biji pil disyaki Erimin 5 seberat 6.4 gram dalam beg yang sama dan kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai RM8,790.

Jelas beliau, sebanyak 44 botol plastik berisi cecair ubat batuk dan empat bungkus plastik berisi daun ketum bernilai kira-kira RM690 pula ditemui di atas lantai di tepi meja makan yang sama.

“Polis menyita sebuah motosikal jenis Yamaha LC daripada suspek. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan air kencing mereka adalah negatif,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini