Polis masih berusaha kesan Jho Low - Utusan Malaysia

Polis masih berusaha kesan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa China dalam usaha mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai butiran lokasi sebenar Jho Low namun usaha mengesannya masih giat dilakukan.

“Kita masih bekerjasama dengan pihak berkuasa China. Ramai yang mendakwa Jho Low berada di negara itu tapi kita masih belum dapat pastikan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah kepada wakil jabatan dan individu dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM tahun 2018, di sini hari ini.

Mohamad Fuzi memaklumkan, siasatan 1MDB juga berjalan lancar dan kertas siasatan telah dikemukakan secara berperingkat kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita mempunyai tempoh sehingga 16 Mei ini untuk menyimpan barang yang dirampas berhubung kes 1MDB sebelum ia diserahkan kepada pihak mahkamah.

“Selepas tempoh tersebut, kita akan melalui proses tertentu yang akan dicadangkan pihak mahkamah,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini