SHAH ALAM 9 Mac – Polis mengenal pasti dua lelaki berbaju Melayu bersenjatakan parang yang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17 di sini, semalam. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam mengenai kes samun itu kira-kira pukul 2 petang semalam. “Ketika kejadian, dua pekerja berada di kaunter manakala beberapa pelanggan sedang beratur membuat bayaran. “Dua suspek…










