Pochettino ‘tabik’ Kane, Lloris - Utusan Malaysia

Pochettino ‘tabik’ Kane, Lloris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND 6 Mac – Mauricio Pochettino menghamburkan pujian kepada Harry Kane selepas penyerangnya itu muncul selaku penjaring terbanyak di Eropah selain membantu Tottenham Hotspur mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Gol di babak kedua Kane di Borussia Dortmund hari ini meletakkan Spurs di peringkat 8 akhir selepas mengesahkan kemenangan 1-0, sekali gus mencatat keputusan agregat 4-0.

Ia merupakan jaringan ke-24 Kane di peringkat Eropah dengan pecahan 14 di Liga Juara-Juara, 10 lagi di Liga Europa,mengatasi kedudukan Jermain Defoe iaitu 23 gol.

“Saya sangat gembira dengan pencapaiannya. Anda semua tahu bagaimana perasaan saya terhadapnya. DIa merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia,” kata Pochettino.

Kane bukan hanya pemain Spurs yang meraih kejayaan pada hari ini, malah penjaga gol Hugo Lloris turut menggapai rekod ke-100 tanpa bolos.

“Saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Harry dan Hugo juga, kerana berjaya mencapai rekod tanpa bolos buat kali ke-100 bersama Spurs, di mana ia juga satu pencapaian menakjubkan.

“Hugo memang terbaik. Kami mencipta banyak peluang melangkaui jangkaan, namun menerusi perlawanan seperti ini, apabila anda menumbangkan mereka 3-0 di aksi pertama, ia sangat sukar. Kerana mereka tidak rugi apa-apa,” tambah Pochettino.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN