PNS sasar pasaran Asia Barat - Utusan Malaysia

PNS sasar pasaran Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) menyasarkan pasaran berpotensi baharu seperti Asia Barat dalam mengembangkan perniagaan syarikat francais dalam tempoh selewat-lewatnya tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasinya, Azlina Juliani Abdul Jalil berkata, pihaknya akan meneliti mana-mana syarikat francais yang sudah bersedia untuk menembusi pasaran lebih luas berban­ding tumpuan yang diberikan di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Beliau berkata, sebelum berhijrah ke negara luar, para usahawan tempatan terlebih dahulu perlu lebih mantap khususnya dalam pengetahuan dan selok-belok perniagaan agar mereka memperoleh hasil positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak hanya memberi tumpuan pada syarikat francais dalam sektor makanan dan minuman (f&b) sebaliknya segmen perkhidmatan seperti kedai dobi layan diri dan ia berpotensi untuk menembusi pasaran di sana termasuk Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! ketika majlis Sambutan Ulang Tahun ke-9 Adan Laundry di Damansara Damai di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd. Aziz dan Pengarah Urusan Adan Laundry, Zamani Zakaria.

Sementara itu, Zamani berkata, pihaknya mengunjurkan untuk membuka sebanyak 30 cawangan dobi layan diri, Adan Laundry di seluruh negara pada tahun ini khususnya menerusi pelantikan francaisi.

“Setakat ini sebanyak tujuh cawangan telah dibuka terma­suk di Rawang, Selangor dan Slim River, Tanjung Malim, Pe­rak. Kami melihat melalui pakej baharu ini, ia mampu menjana pendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan selain membuka peluang kepada golongan pendapatan rendah dan sederhana untuk menceburi bidang francais ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini