KUALA LUMPUR 6 Mac – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengakui terlepas pandang kelibat juara kebangsaan basikal bukit rentas desa wanita, Nur Assyira Zainal Abidin sehingga nasibnya terpinggir begitu sahaja. ABU SAMAH Sambil berjanji akan ambil perhatian selain membantu pelumba berusia 25 tahun dari Perak itu untuk ke Sukan SEA 2019 di Filipina hujung tahun ini, Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab berkata, Nur Assyira, bagaimanapun, perlu melalui beberapa proses…










