Pilpres pilih pemimpin, bukan musuh - Ma'ruf - Utusan Malaysia

Pilpres pilih pemimpin, bukan musuh – Ma’ruf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 4 Mac – Calon Naib Presiden nombor satu, Ma’ruf Amin mengajak semua pihak untuk menyambut dan menikmati perjalanan pilihan raya Presiden (Pilpres) 2019 dengan gembira tanpa diselubungi kebimbangan.

Menurut Ma’ruf, Pilpres adalah soal untuk memilih pemimpin dan bukannya musuh.

“Sehubungan itu, tidak perlu ada ketegangan, jalaninya tanpa harus mengerutkan dahi,” katanya, semalam,

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Tribun News, Ma’ruf menjelaskan, Pilpres juga bukannya peperangan dan orang ramai tidak perlu bersikap se­perti sedang berperang.

“Tidak perlu kita meniru gaya seperti orang berperang. Kita santai sahaja, masing-ma­sing berjuang dengan senyum sehingga tidak timbul kesan permusuhan itu,” katanya.

Ma’ruf pada masa sama me­ngajak semua ahli dari semua parti politik supaya membina negara dengan jujur tanpa fitnah dan penipuan.

“Kita bina negara ini secara jujur, jangan menabur fitnah dan menuduh sesama sendiri,” katanya.

Ma’ruf juga mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya atau menerima bulat-bulat sebarang maklumat tanpa usul periksa.

“Kita jangan percaya penipuan, setiap berita yang kita terima perlu diperiksa terlebih dahulu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini