BERSEDEKAH itu amalan mulia apatah lagi pada hari Jumaat bagi mensucikan hati dan mengumpul pahala yang berlipat ganda. Namun, ada juga ‘sedekah’ yang diragui matlamat dan tujuannya, lebih-lebih lagi dilakukan oleh parti politik pada hari terakhir berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Terdapat parti politik ini yang sangat kebal daripada undang-undang,telah mengedarkan bubur lambuk di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih selepas solat Jumaat hari ini. Paling…










