LANGKAWI 29 Mac – Penggunaan dron masa kini bukan sahaja menjadi keperluan dalam sektor pertahanan dan keselamatan, malah fungsinya melangkau sehingga ke aspek pengkomersialan. Terkini, inovatif dron mampu membantu pula bidang pertanian khususnya perusahaan komoditi kelapa sawit dalam meningkatkan hasil pengeluaran membabitkan teknologi robotik. Inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan oleh konsortium teknologi Kambyan Network Sdn. Bhd. yang menggunakan teknik laser itu bakal menjadi kenyataan apabila projek perintis pemotongan buah…










