Pertimbang langganan semula Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Pertimbang langganan semula Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Mac – Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan untuk membenarkan semula langganan akhbar Utusan Malaysia di semua agensi dan institusi di bawahnya, berikutan tindakan UMNO menamatkan penguasaan dalam syarikat Utusan Melayu (M) Berhad baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berhubung perkara itu selepas keputusan mengenainya diperoleh kelak.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, setelah kita membuat keputusan, kita akan beritahu keputusan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s di Putrajaya, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Maszlee ketika melancarkan Kelab Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Model Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Cyberjaya hari ini menyifatkan cadangan melanggan semula akhbar itu sebagai satu perkara yang menarik untuk difikirkan.

Pada 1 Ogos tahun lalu, media melaporkan bahawa satu memo dikeluarkan memberitahu Maszlee memohon agar langganan Utusan Malaysia bagi semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah kementerian dibatalkan serta merta.

Pada bulan lalu, UMNO dilaporkan telah menamatkan penguasaan dalam Utusan Melayu (M) Berhad apabila melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam syarikat akhbar itu.

Dalam urusniaga terbabit UMNO telah melepaskan pegangan ke atas 35 juta unit saham Utusan kepada Opulence Asia Sdn Bhd.

Opulence Asia Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN