KUALA LUMPUR 29 Mac – Kemunculan juara remaja dunia, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia yang bakal berentap dengan pemenang pingat emas Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan dan jaguh pecut Taiwan, Yang Chun-han menjanjikan perlumbaan paling sengit dalam acara 100 meter lelaki pada Grand Prix Terbuka Malaysia esok. Ketiga-tiga pelari muda itu kini berada pada prestasi terbaik, sekali gus akan mewujudkan persaingan yang mungkin menyaksikan ada rekod terhasil di Stadium Nasional,…










