HATYAI, Thailand 10 Mac – Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan di negara ini pada setiap tahun sejak 2011. Konsul Jeneralnya, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, pada tahun lepas sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima pihaknya berbanding 4,375 (2017). Kata beliau, berdasarkan statistik sebelum itu, sebanyak 2,885 permohonan diterima pihak Pejabat Konsul itu pada 2011 diikuti 3,463 (2012); 3,485 (2013);…










