SELEPAS dikritik hebat penggunaan perkataan ‘perang’ kepada bukan Melayu, kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah diubah malam tadi juga, tidak lama selepas kenyataan asal yang merujuk kerjasama UMNO-Pas. Jika klik pautan laporan berita asal di sebuah portal yang tular, tajuk beritanya kini diubah setelah Guan Eng membuat pembetulan kepada perkataan ‘perang’. Nota pengarang memaklumkan perkara ini di akhir artikel tersebut. Kali ini, digunanya perkataan ‘sasaran kepada bukan Melayu’.…










