LONDON 2 Mac – Kira-kira 175 penumpang dan kru pesawat Laudamotion melalui detik cemas apabila kapal terbang itu terpaksa berhenti secara mengejut, beberapa minit sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Stansted, di sini hari ini. Lapor Daily Mail, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, waktu tempatan, juruterbang jet penumpang itu terpaksa menghentikan pesawat berkenaan sejurus terdengar satu bunyi letupan kuat daripada enjin disusuli percikan api ketika pesawat itu sedang bergerak laju…










