WELLINGTON 16 Mac – Seorang pengganas yang menyerang dua buah masjid di Christchurch semalam hingga meragut 49 nyawa dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh hari ini.
Brenton Tarrant, warga Australia berusia 28 tahun muncul di kandang tertuduh dengan keadaan bergari dan memakai baju lokap warna putih.
Bekas pengajar kecergasan itu bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan ikat jamin dan direman lanjut hingga perbicaraan lanjut ke atasnya diadakan 5 April ini. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











