Penentuan 
hidup dan mati - Utusan Malaysia

Penentuan 
hidup dan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Mac – Liverpool bakal menggalas tugas berat menjelang kunjungan mereka ke Jerman bagi menghadapi aksi timbal balik kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, esok.

Dalam timbal balik pertama, pertembungan dua kelab gergasi Eropah itu di Anfield berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan, yang sekali gus membuka peluang sekali lagi kepada mereka bagi merebut slot ke suku akhir di Allianz Arena.

Pada musim lalu, Liverpool berjaya melangkah sehingga ke perlawanan akhir, tetapi bagi saingan kali ini, mereka berdepan ujian getir menentang skuad bimbingan Niko Kovac yang semakin mempamerkan aksi dominan setelah mendahului Bundesliga sekali lagi, walaupun mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada permulaan musim.

Memuatkan artikel berkaitan…
ROBERT LEWANDOWSKI
ROBERT LEWANDOWSKI 

Skuad bimbingan Jurgen Klopp pula, menyerahkan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris kepada pencabar gelaran, Manchester City, tetapi dengan empat gol sewaktu menentang Burnley, hujung minggu lalu, sudah cukup menyuntik keyakinan para pemain Liverpool menjelang ujian getir di Munich.

Bayern pula akan turun beraksi tanpa kelibat Thomas Muller dan Joshua Kimmich yang digantung perlawanan, sementara Arjen Robben (betis) dan Corentin Tolisso (lutut) diketepikan kerana cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini