Pencemaran toksik:Sukarelawan UPSI turun padang - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:Sukarelawan UPSI turun padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Mac – Sekumpulan anggota unit sukarelawan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, mengambil inisiatif turun padang menyampaikan sumbangan penutup mulut dan hidung jenis R95.

Pegawai Tadbir Pusat Transformasi Komuniti UPSI, Tuan Tat Anis Sofea Tuan Mohd. Arif berkata, sumbangan kepada mangsa pencemaran itu dibuat atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap insiden tersebut.

Menurutnya, sebanyak 400 unit penutup mulut dan hidung berkenaan disampaikan ResQ Team UPSI  bagi menampung keperluan kelengkapan keselamatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 13 anggota melibatkan empat staf dan sembilan pelajar mewakili ResQ Team UPSI bertolak dari Tanjung Malim bagi menjayakan Misi Bantuan Bencana Pasir Gudang UPSI pada 5.30 pagi tadi.

“Kami menyedari berlakunya kekurangan penutup mulut dan hidung di sekitar bandar raya ini menerusi laman sosial dan laporan media. 

“Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan bekalan 400 unit penutup mulut dan hidung jenis R95 ini dari sebuah kedai di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini sebentar tadi.

Tuan Tat Anis Sofea berkata, ResQ Team UPSI yang ditubuhkan secara rasmi pada 2014 merupakan unit sukarelawan di bawah seliaan Pusat Transformasi Komuniti UPSI yang membantu agensi berkuasa dalam berhadapan bencana atau sebarang insiden. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini