PASIR GUDANG 29 Mac – Sekolah-sekolah yang ditutup ekoran pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini tidak perlu mengadakan kelas gantian ekoran cuti berkenaan dikelaskan sebagai bencana kecil. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, jadual persekolahan akan bersambung seperti biasa. “Sekolah yang ditutup ekoran pencemaran toksik di sini tidak perlu diganti, namun guru-guru perlu menghabiskan silibus pembelajaran mereka. “Jadi guru-guru dinasihatkan untuk ‘mengejar’…










