PASIR GUDANG – Jumlah mangsa yang terjejas dengan insiden pembuangan sisa toksik, Sungai Kim Kim di sini yang ditempatkan di pusat saringan sehingga pukul 6 petang adalah seramai 1,906 orang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,483 mangsa ditempatkan di Pusat Saringan Dewan Taman Pasir Putih dengan 224 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Manakala, seramai 423 mangsa ditempatkan…










