Cucu tikam mati nenek OKU intelektual - Polis

Cucu tikam mati nenek OKU intelektual – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Suspek yang disyaki menikam mati nenek dan mencederakan moyangnya dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, di sini semalam merupakan orang kurang upaya (OKU) intelektual.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, lelaki berusia 21 tahun itu menikam nenek dan moyangnya dengan senjata tajam di kampung itu pada pukul 6.44 petang.

Katanya, suspek disyaki telah mengamuk sebelum menyerang nenek berusia 65 tahun serta moyangnya berusia 80 tahun sebelum dibawa ke Balai Polis Malau oleh orang awam.

“Suspek merupakan seorang OKU intelektual dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, dalam siasatan awal dia mengaku telah menikam serta menetak nenek dan moyangnya.

“Lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan dua warga emas yang juga anak beranak maut akibat ditikam dan ditetak cucu lelaki dalam kejadian di rumah mereka, petang semalam.

Menurutnya, mangsa berusia 65 tahun maut dalam kejadian itu, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat, manakala mangsa cedera yang juga ibu kepada si mati dikejarkan ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN