Pencarian menantu taikun durian di Thailand - Utusan Malaysia

Pencarian menantu taikun durian di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 5 Mac – Kira-kira 10,000 lelaki cuba menjadi menantu kepada taikun durian Thailand, Anon Rodthong selepas beliau mengumumkan mencari calon suami kepada anaknya berusia 26 tahun pada Sabtu lalu.

KIRIMAN dalam akaun Facebook taikun durian Thailand, Anon Rodthong mencari bakal suami bagi anaknya yang telah dipadamkan sebelum ini. – AGENSI

Menantunya juga akan dihadiahkan 10 juta baht (RM1.2 juta) secara tunai malah akan mengambil alih empayar durian milik taikon itu.

Menurut Anon, beliau tidak dapat berehat setelah pengumuman tersebut yang dibuat dalam akaun Facebooknya.

“Berhenti hubungi saya, saya tidak dapat berehat dengan lebih 10,000 lelaki telah memohon menjadi menantu,” katanya dalam akaun Facebooknya hari ini.


Pada Sabtu lalu, Anon memberitahu menantu yang dicari tidak perlu berpelajaran tinggi namun cukup hanya pandai membaca, menulis dan rajin serta suka makan durian.

Bagaimanapun, ia tidak semudah itu, Anon telah meletakkan cabaran kepada calon suami yang berminat bahawa mereka perlu tinggal dan bekerja selama tiga bulan dalam ladang duriannya bermula 1 April depan.

“Jika terdapat lebih satu calon yang tinggal (selepas tiga bulan), kita akan melanjutkannya lagi tiga bulan sehingga hanya tinggal seorang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN