JOHANNNESBURG 9 Mac – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat mempertahankan wartawan yang mana nombor telefon peribadinya dimuat naik Pemimpin Pembangkang Afrika Selatan, Julius Malema dalam akaun Twitter hari ini. Jawatankuasa Melindungi Wartawan berkata, mereka menzahirkan kebimbangan dengan ancaman dan gangguan dibuat terhadap wartawan veteran, Karima Brown. Malema bertindak sedemikian juga memanggil wartawan wanita itu sebagai ‘pengintip’ kepada parti pemerintah, ANC. – AFP










