IPOH 6 Mac – Detik hitam ditempuh seorang wanita apabila dia bukan sahaja dirogol malah dipukul menggunakan kayu dan pemutar skru oleh lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di Jalan Laksamana dekat Teluk Intan, Khamis lalu. Mangsa berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan meminta bantuan orang ramai selepas melarikan diri dari sebuah rumah di Jalan Kebun Limau, Teluk Intan, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner…










