Peluang jadi penguji rasa coklat - Utusan Malaysia

Peluang jadi penguji rasa coklat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Feb. – Penggemar coklat mungkin boleh memohon kerja sebagai penguji rasa makanan itu bagi Syarikat Mondelez International, syarikat yang memiliki jenama coklat terkemuka seperti Cadbury, Oreo dan Milka.

Portal Metro. co. uk melaporkan, empat pemohon yang berjaya akan dibayar 10.75 pound (RM58) untuk makan coklat sepanjang hari di pejabat mereka di Wokingham, Berkshire.

Tawaran kerja yang dipaparkan di laman web syarikat menyatakan calon harus mempunyai beberapa kemahiran penting untuk menjadi penguji rasa coklat.

Tiada pengalaman yang diperlukan dan latihan akan diberikan bagi membina deria rasa dan perbendaharaan kata khusus yang diperlukan untuk menyampaikan pendapat.

Bagaimanapun calon yang berjaya perlu berkerjasama dengan 11 penguji rasa lain dan ketuanya akan berkongsi pendapat dan bekerjasama dengan mereka untuk mencapai persetujuan tentang rasa.

Mereka juga bertanggungjawab merasa produk dan memberi maklum balas yang jujur, berkongsi pengalaman dan berkerja dalam kumpulan untuk mendapatkan persetujuan rasa,

Kerja ini hanya separuh masa dengan masa kerja tujuh jam setengah antara tiga hingga empat hari seminggu mengikut syif.

Selain bekalan coklat setiap hari, syarikat tersebut turut menawarkan faedah seperti skim bonus, caruman pencen, insurans, elaun percutian murah dan program faedah yang fleksibel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN