BAKAT. Kira-kira 40 orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyertai Pementasan Teater Ragam bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni melalui persembahan menghiburkan baru-baru ini. Program anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT itu menampilkan generasi pelapis yang berbakat selari dengan objektif untuk memartabatkan seni budaya. Artis Budaya UMT, Mohamed Azman Hassan berkata, Malaysia memiliki budaya dan tradisi tersendiri dan penganjuran itu diharap dapat memupuk minat pelajar terhadap seni serta budaya…










