Pelajar maut langgar kereta keluar simpang  - Utusan Malaysia

Pelajar maut langgar kereta keluar simpang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangi merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer  44.3 Jalan Klang – Teluk Intan berdekatan Tesco Kuala Selangor, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 9.25 malam, ketika Muhammad Azemi Yahya, 16, dalam perjalanan ke Klang dari Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, sebuah MPV jenis Toyota Avanza yang dipandu lelaki berusia 56 tahun dari  Klang kemudiannya telah memasuki simpang secara mengejut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Remaja berkenaan yang gagal mengelak telah melanggar MPV tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk proses bedah siasat. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini