KUALA LUMPUR – Lapan daripada 10 pekerja yang berpangkalan di Malaysia atau 83 peratus mengharapkan bonus setiap tahun dengan purata antara satu dan dua bulan gaji, kata Pengarah Negara Randstad Malaysia, Ryan Carroll.
Beliau berkata, pekerja mengharapkan mereka dihargai atas sumbangan dan kesetiaan kepada organisasi terutama jika kekal bersama majikan mereka walaupun berlaku perubahan politik utama dan transformasi perniagaan.
“Walaupun 98 peratus daripada responden dalam tinjauan ini bersetuju bahawa menerima bonus sangat penting, 59 peratus berkata ia bukanlah satu-satunya faktor yang akan membuat mereka mula mempertimbangkan kemungkinan menukar pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











