Peguam hak asasi manusia China hilang, muncul kembali dan ‘tidak bebas’ - Utusan Malaysia

Peguam hak asasi manusia China hilang, muncul kembali dan ‘tidak bebas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 3 Mac – Peguam hak asasi manusia terkemuka China yang hilang muncul dua hari kemudian selepas baharu bebas daripada hukuman penjara di sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jiang Tianyong yang mengambil kes berprofil tinggi termasuk pengamal Falu Gong dan pemprotes warga Tibet menjadi salah seorang daripada lebih 200 peguam dan aktivis ditahan pada 2015.

Tianyong berusia 47 tahun hilang pada Khamis lalu selepas menamatkan hukuman penjara selama dua tahun sebelum muncul semula di kampungnya di Xinyang, daerah Henan.

Menurut isteri Tianyong, Jin Bianling, meskipun Jiang telah dibebaskan dari penjara namun dia masih ‘tidak bebas’.

“Dia tinggal bersama ibu bapanya di rumah tetapi polis berjaga di luar dan di mana-mana Tianyong pergi dia akan diikuti pihak berkuasa.

“Saya risau dengan dia boleh hilang bila-bila masa dan berharap Tianyong dapat datang ke Amerika Syarikat secepat mungkin untuk bersama dengan kami,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN