Pegawai penjara direman - Utusan Malaysia

Pegawai penjara direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Mac – Seramai lapan pegawai penjara direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima wang suapan dianggarkan bernilai lebih RM120,000 dari- pada seorang warga asing.

Selain itu, turut direman bagi membantu siasatan kes ialah seorang wanita warga Indonesia berusia 45 tahun kerana didakwa bertindak menjadi orang tengah dalam kes terbabit. Wani­ta berkenaan disyaki waris kepada banduan yang sedang ditahan di penjara.

Perintah reman itu dikelu­arkan oleh Pegawai Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi di Mahkamah Majistret Georgetown di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, lapan pegawai penjara itu yang berusia antara 25 tahun dan 44 tahun ditahan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Pahang di antara pukul 9.45 pagi hingga 10.30 pagi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam pegawai dari Penjara Pokok Sena, Kedah manakala seorang dari Penjara Bentong, Pahang dan seorang lagi dari Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang.

Siasatan awal mendapati kese­mua pegawai penjara tersebut telah menerima wang suapan yang dianggarkan bernilai lebih RM120,000 daripada wani­ta berkenaan sebagai ‘upah’ membawa barangan la­rangan seperti rokok, tembakau, makanan dan bahan dipercayai dadah kepada banduan di antara 2017 dan 2018.

Nilai wang suapan yang diterima oleh mereka yang disyaki terlibat adalah berbeza iaitu antara RM6,000 hingga RM52,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini