PBB siasat kereta mewah Jong-un - Utusan Malaysia

PBB siasat kereta mewah Jong-un

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 13 Mac – Pengawal selia sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang menyiasat pembelian kereta-kereta mewah oleh Kim Jong-un ketika pemimpin Korea Utara itu menghadiri mesyuarat-mesyuarat antarabangsa.

Kereta-kereta mewah itu melibatkan Rolls-Royce,Mercedes-Benz limosin dan pacuan empat roda Lexus.

Jong-un menarik perhatian anggota sekatan PBB apabila hadir dalam pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo di Pyongyang pada Oktober lalu dengan menaiki model baharu Rolls-Royce Phantom limosin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika sidang bersama Presiden AS, Donald Trump di Singapura pada Jun lepas, delegasi Jong-un didakwa menaiki kereta mewah Mercedes-Benz.

Dan, sejumlah kenderaan mewah Lexus LX570 digunakan delegasi Korea Utara ketika sidang kemuncak inter-Korea di Pyongyang pada September.

“Mereka mendapatkan apa yang mereka mahu, dan yang terbaik apabila mereka memerlukannya,” kata Hugh Griffiths yang sejak lima tahun lalu menjadi penyelaras panel pakar PBB menyiasat sekatan terhadap Korea Utara.

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenakan sekatan terhadap Pyongyang daripada mengeksport arang batu dan komoditi lain, mengekang prnghantaran minyak dan bahan bakar serta perbankan terhad.

Langkah-langkah itu bagi menghalang pendapatan daripada program senjata Pyongyang.

Penjualan barangan mewah termasuk kereta, kapal layar dan batu permata ke Korea Utara telah dilarang sejak 2013, dan senarai barangan mewah lain telah dibentangkan dalam resolusi sekatan seterusnya.

Penggunaan kereta mewah ketika sidang kemuncak dilihat sebagai suatu gambaran tidak jelas oleh Jong-un tentang penolakannya terhadap sekatan antarabangsa, ketika Korea Utara meminta bantuan PBB untuk menangani kekurangan bekalan makanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini