KUALA TERENGGANU – Kerjasama Pas dan UMNO dalam agenda penyatuan ummah di negara ini tidak pernah bertujuan untuk mengembalikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke tampuk pemerintahan. Sebaliknya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan ia bertujuan untuk menyatukan padukan orang Melayu negara ini yang dilihat semakin berpecah akibat idealogi politik. Beliau berkata, malah Pas sebenarnya menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Pribumi…










