Pas terbuka, pemimpinnya rela disiasat - Utusan Malaysia

Pas terbuka, pemimpinnya rela disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 2 Mac – Pas sentiasa terbuka dan para pemimpin parti itu rela disiasat pada bila-bila masa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya ada lagi pemimpin Pas yang akan dipanggil SPRM khususnya berkaitan isu dana RM90 juta, pihaknya sedia memberikan kerjasama.

“Kalau sesiapa ada bukti, serah pada SPRM. Semua orang mengharapkan kebenaran. Kita sedia (jika ada lagi pemimpin Pas akan dipanggil siasat), Bagi pihak Pas, kita buka pintu.

“Hari ini Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin dipanggil SPRM, tak ada kena mengena pun. Tentang kereta Porsche dia saja. Kereta itu dibeli dengan AP (permit import) dia tapi anak dia yang jadi pilot punya. 

“Dia (anak Hashim) memang layak pun dan boleh beli sangat, yang second hand (terpakai) pulak tu. Jadi, saya fikir tak ada isu sangat lah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah dekat sini malam tadi.

Tuan Ibrahim bagaimanapun enggan komen mengenai dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pas membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown agar kes saman membabitkan dua pihak diselesaikan dI luar mahkamah.

“Minta maaflah, saya tak dapat komen sebab kita tak ada maklumat apa-apa. Maklumat pun (yang Pas dapat) melalui media.

“Kita tak boleh komen, akaun siapa, wallahu wa’lam. Saya pun tak ada maklumat,” jelas Tuan Ibrahim lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN