Pas akan pastikan Rantau kekal menjadi milik Tok Mat - Utusan Malaysia

Pas akan pastikan Rantau kekal menjadi milik Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pas akan memastikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini kekal menjadi milik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijadual bertanding pada pilihan raya itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini merupakan obligasi mandatori Pas selaras dengan ta’awun siyasi selepas sah menjalinkan kerjasama bersama UMNO pada kelmarin.

“Pas akan menggabungkan jentera pilihan raya di peringkat Kawasan Rembau dan Negeri Sembilan dengan jentera pilihan raya UMNO bagi memastikan semua gerak kerja kedua-dua parti berjalan lancar dan berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas yakin UMNO yang akan mengekalkan Timbalan Presidennya, Mohamad sebagai calon akan terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat terutamanya pengundi di DUN Rantau bagi mewakili mereka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini