BANGKOK 24 Mac – Pemimpin Parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan peluang dengan memenangi lebih 50 daripada 500 kerusi Parlimen hari ini.
Menurutnya meskipun kerajaan junta meminda perlembagaan bagi kelebihan kepada mereka, rakyat membuat pilihan berdasarkan harapan mereka untuk masa depan negara.
“Future Forward belum membuat keputusan bagi pakatan dengan parti lain membentuk kerajaan,” katanya kepada Thai Rath TV.
Memuatkan artikel berkaitan…
Parti itu yang diasaskan pada Mac tahun lalu jelas menentang kepada pemerintahan tentera yang bermula dengan rampasan kuasa pada 2014. – AGENSI











